BINA SASTRA INDONESIA

SASTRAWAN INDONESIA

Amir Hamzah 
 Tengku Amir Hamzah adalah seorang sastrawan Indonesia. Dilahirkan di Tanjung Pura,Langkat, Sumatra Utara pada 28 Januari 1911, beliau wafat di Kuala Begumit pada 20 Maret 1946 dan dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Binjai. Amir Hamzah (nama lengkapnya Tengku Amir Hamzah Pangeran Indera Putera) lahir di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Timur pada tanggal 28 Februari 1911 dan meninggal dalam kekacauan revolusi sosial yang terjadi di Sumatera Timur, dalam tahun pertama Indonesia merdeka. Bersama Armijn Pane dan S.Takdir Alisyahbana, beliau salah seorang daripada tiga sejoli yang memimpin pujangga Baru, iaitu majalah yang menguasai kehidupan sastera dan kebudayaan Indonesia dari tahun 1933 hingga pecah perang dunia kedua.Sekarang tidak ada kebimbangan lagi bahawa Amir Hamzah bukan saja penyair yang terbesar dalam Zaman Pujangga Baru, tetapi juga adalah penyair yang tersempurna dal;am bahasa Melayu-Indonesia hingga sekarang.Lahir dalam lingkungan keluarga bangsawan Melayu yang hidup sepenuh-penuhnya dalam alam sastera dan kebudayaan Melayu, mendapat kesempatan sepenuhnya tumbuh dan berkembang.Bersekolah Menengah dan tinggal di Pulau Jawa dalamzaman bangkitnya pergerakan kebangsaan Indonesia, Amir Hamzah , dapat memperkayakan dirinya dengan kebudayaan moden, kebudayaan Jawa dan kebudayaan
asia yang lain.
Di tanganya Bahasa Melayu mendapat suara dan lagu yang unik untuk zaman sekarang.Dalam kumpulan sajak Buah Rindu ini yang ditulis antara tahun 1928 dan tahun 1935 dengan jelas kelihatan perlahan-lahan suara dan lagu pantun dan syair Melayu diubahnya menjadi sajak moden.Dalam epos Hang Tuah yang termuat dalam kumpulan ini. Alam pemikiran dan perasaan Melayu bukan saja diselaminya, tetapi juga diucapkannya dengan semurni-murninya. 

 BERDIRI AKU                                                                                 
 
Oleh :
Amir Hamzah
Berdiri aku di senja senyap
Camar melayang menepis buih
Melayah bakau mengurai puncak
Berjulang datang ubur terkembangAngin pulang menyeduk bumi
Menepuk teluk mengempas emas
Lari ke gunung memuncak sunyi
Berayun-ayun di atas alas.Benang raja mencelup ujung
Naik marak mengerak corak
Elang leka sayap tergulung
dimabuk wama berarak-arak.

Dalam rupa maha sempuma
Rindu-sendu mengharu kalbu
Ingin datang merasa sentosa
Menyecap hidup bertentu tuju.

PADAMU JUA

Oleh :
Amir Hamzah

 Habis kikis
Segera cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara dibalik tirai Kasihmu sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu – bukan giliranku
Matahari – bukan kawanku.

Leave a Comment

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment